Friday 12 October 2012

Tae + Yeon Bab 1


   Aku  masih khusyuk di meja jahitku, langsung tah menghiraukan kereta yang lalu lalang di luar cermin kca butik. Hanbok yang sudah hampir siap, aku bawa dekat ke wajah.
 
"Tae-Rim!!!!"

 Suara Soo-Young unnie meletup macam bom nuklear membuatkan jahitan ku hampir tersasar. Adoi! Haru betul la unnie sorang nih. Kalau sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak.

   "Kenapa, unnie?" soalku perlahan.

   Dah petang2 ni, bateri badan aku dah low... Sempat aku kerling jam di dinding. Sepuluh minit lagi masa kerja ku tamat. Katil rumah sewa sudah terbayang di layar mata. Keseronokan dapat meluruskan segala tulang-temulang di atas katil sudah terasa-rasa.

   "Puan Karen lupa lupa bawa ni!"

   Suara high pitch itu betul2 menadarat di tepi telinga aku. Aku menggosok cuping telinga. Pekak lah aku Soo-Young oii!!

   Bila melihat tangan Soo-Young unnie penuh dengan baju-baju lip lap lip lap glamor tak ingat dunia dah tu, jantung kat dada aku rasa nak luruh. Mulut aku pun automatik ternganga.

   "Baju fashion show! Puan Karen lupa bawak," Rungut Soo-Young unnie sambil membelek satu per satu pakaian yang elok berbungkus di dalam plastik.

   Aku tepuk dahi. Biar betul? Ini sudah kira kes berat ni! Dari tak ada kerja, dah jadi ada kerja! Masak, masak....

   Aku panjangkan leher memerhati segenap ruang kedai. Kosong! Cuma ada aku dan Soo-Young unnie.  Aku mula rasa tak sedap hati. Hidung seakan dapat bau tak sedap yang bakal dihadapkan kepadaku. Puas mulut menghembus angin kiri dan kanan, menolak bala beban kerja yang mungkin akan dihumbankan ke pundakku.

   Jangan la... aku baru berangan nak balik awal. Dah seminggu kerja sampai tengah malam gara-gara nak siapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot  tu pulak sedap-sedap aje pergi honeymoon kat KwaZulu yang aku sendiri pun tak tahu wujud ke tidak tempat tu dalam peta dunia. Katanya seminggu, tapi ni dah tiga minggu! Dah sesat tak tahu jalan balik agaknya. Tak pasal-pasal aku kena cover kerja-kerjanya yang tergendala.

   Dan saat itulah aku teringat bahawasanya Suhaimi, budak despatch butik kami ambil cuti sakit hari ni.

   "Tae-Rim, tolong hantarkan ke airport, ya?! Saya rasa sempat lagi nih!"

 



Gambar sorang lagi artis SM yg aku ambik~

Soo-Young : Girls' Generation

Wednesday 10 October 2012

Gmbr SM artis yg aq guna untk Fanfic ni~

Yoon A : Girls' Generation

Si Won : Super Junior

Min Ho : SHINee

Choi Sulli : F(X)

Kwon Yuri : Girls' Generation

Nanti saya post lagi gambar ahli SME yg terbabit dalam citer nih.. Mungkin ada jugak yang bukan SME sebab x thu nak ambik sape..
Maaflah!!







The intro for my first fanfic.. hope you like it!!

Intro...

Kita dirancangkan untuk bertemu...
Kita ditakdirkan untuk berjumpa...
Namun adakah untuk bersatu...
Buat selamanya??
-Main character untk citer nih-
Kim Tae-Rim:Yoon A (SNSD)
Park Jae-Yeon:Si Won (Su.Ju.)




  KIM TAE-RIM seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

  Salah faham yang berlaku keika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Tae-Rim terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah 360 darjah paksi hidupnya.
  
  Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Park Jae-Yeon  yang banyak ragam dan menjalani hidup sebagai 'isteri' kepadanya yang merupakan senior ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

  Di saat Tae-Rim mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahuinya muncul lantas meragut kebahagiaanya.

   
Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu...

P/s: Kalau tak berapa sedap... layan je lah~